AUDIT DALAMAN ISO 45001:2018 DI UMK

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menjadi institusi pendidikan pertama  di Malaysia yang telah berjaya dipersijilkan ISO 45001:2018 Occupational Health and Safety Management System (OHSMS) bagi pengendalian OSH di seluruh organisasi melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) yang telah dijalankan pada audit fasa dua pensijilan yang berlangsung pada 23 November 2019 lalu. Bagi memastikan pengurusan sistem OSH yang merangkumi polisi serta objektif OSH ISO 45001:2018 tercapai, maka satu audit dalaman terhadap ISO 45001:2018 telah dijalankan pada 10 Jun 2020 dengan hasrat dapat membuat penambahbaikan yang berterusan keatas sistem pengurusan OSH di CMeOSH, UMK. Pasukan Audit ISO 45001:2018 Dalaman UMK ini diketuai oleh PM. ChM. Ts. Dr. Wong Yee Ching dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) serta empat orang ahli dari fakulti dan jabatan yang berlainan di UMK. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan yang sihat dan selamat terutama dalam krisis COVID-19.